Refleksi

                        Profesion perguruan memerlukan asas pengetahuan yang luas tentang sesuatu bidang ilmu dan juga latihan. Segala kemahiran tentang kaedah mengajar perlu diketahui dengan mendalam untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai keadaan dan masalah dalam pengajaran pembelajaran, dan kebanyakannya sukar untuk diselesaikan secara rutin. Oleh itu, guru perlu menggunakan kebijaksanaan mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran dalam konteks yang berlainan.

                        Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat refleksi ialah bayangan, gambaran (dalam cermin, fikiran dll) manakala akauntabiliti ialah sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dan sebagainya yang diperlukan. Menurut Schon (1987) refleksi ialah apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection in action). Sebagai seorang guru aspek akauntabiliti profesionalisme dalam melaksanakan tugas haruslah diterapkan dalam diri sebelum menjadi guru lagi. Hal ini kerana setiap guru perlu membuat penelitian tentang langkah-langkah dalam proses refleksi yang dapat membantu dirinya untuk mengetahui kelemahan dan kekuatannya supaya dapat meningkatkan kemahiran diri serta dapat memahami akauntabiliti yang disandang bagi mengelakkan kesilapan berlaku semula. Guru pengamal refleksi akan sentiasa memahirkan diri dan mengamalkan semangat kuat dan mengajar dengan penuh perasaan agar mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Justeru itu, keyakinan diri yang teguh akan wujud dalam diri seorang guru dan dapat memupuk dan menanamkan keyakinan diri dalam lubuk hati pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU SEKOLAH SMK SEREMBAN JAYA

Sejarah SMK SEREMBAN JAYA